Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG ESC (KAWALAN KESTABILAN ELEKTRONIK)

ESC/ESP/VSA/DSC

Electronic Stability Control atau singkatan ESC ialah satu sistem elektronik atau sistem brek dengan kawalan komputer yang akan beroperasi bagi meningkatkan kestabilan kereta dan membantu pemandu mengawal kereta dari terbabas apabila berhadapan dengan situasi seperti:

  • Apabila pemandu terpaksa mengelak halangan ketika memandu tanpa membrek.
  • Membantu mengelakkan kereta terbabas bila berlaku understeer dan oversteer apabila pemandu memasuki selekoh terlampau laju.
  • Membantu mengelakkan kereta terbabas atau mengurangkan kebarangkalian untuk terbabas apabila berlaku hydroplanning.

Sistem ini turut dikenali dengan pelbagai istilah berdasarkan nama pengeluar kenderaan seperti:

  • Toyota – Electronic Stability Control / Kawalan Kestabilan Elektronik
  • Mercedez Benz – Electronic Stability Programme / Program Kestabilan Elektronik
  • Honda – Vehicle Stability Asisst / Bantuan Kestabilan Kenderaan
  • Mazda -Dynamic Stability Control / Kawalan Kestabilan Dinamik

Operasi Asas ESC

Semasa beroperasi, sistem ESC akan memberikan kuasa membrek ABS (Anti Lock Braking System) secara individu kepada mana – mana roda yang tergelincir agar cengkaman tayar pada permukaan jalan dapat dipulihkan.

Sebagai contoh dalam gambar di atas, sekiranya understeer berlaku, ESC akan membrek pada tayar kiri hadapan bagi membantu pemandu dari terbabas.

Sekiranya oversteer berlaku, kuasa membrek akan dihantar pada tayar kanan hadapan dan juga tayar kanan belakang bagi mengelakkan kereta terbabas.

Pada masa yang sama, ESC akan menghantar isyarat kepada ECU enjin bagi mengurangkan kuasa enjin ke roda. Kesemua tindakan di atas dilakukan oleh sistem ESC tanpa disedari oleh pemandu.

Semasa pemanduan biasa, sensor atau pengesan akan mengawasi

Mazda CX30
  • Halaju kereta
  • Kedudukan pedal minyak/throttle
  • Halaju putaran pada semua roda
  • Yaw rate ( kadar putaran kereta semasa selekoh)
  • G force
  • Arah pergerakan kereta
  • Input steering dari pemandu

Sekiranya sistem mengesan anomali seperti input steering telah diberikan, tetapi kereta tidak mengambil selekoh ( yaw rate akan dipantau) seperti pergerakan mengelak kenderaan di hadapan yang berhenti secara tiba- tiba, hydroplanning atau kesilapan mengagak selekoh tajam, maka ESC akan mengambil alih kawalan kereta.

Kuasa brek yang dihantar akan memastikan kereta dipandu tidak hilang kawalan, arah selekoh yang dimahukan oleh pemandu adalah betul dan kereta sentiasa dalam keadaan terkawal.

Ajaibnya sistem ini boleh beroperasi dalam mana mana permukaan samaada licin, basah, berais, kering dan tindak balas pembetulan yang dilakukan adalah sangat pantas tanpa disedari oleh pemandu.

Sesetengah pengeluar risaukan pemandu menjadi terlampau yakin dengan skil pemanduan mereka, jadi ESC akan memberikan lampu amaran yang akan menyala jika sistem ini beroperasi.

Ia sebenarnya memberikan amaran kepada pemandu supaya memandu lebih berhati-hati kerana pemandu tersebut telah memandu melebihi cengkaman mekanikal dan juga faktor keselamatan.

Sesetengah kereta supercar seperti McLaren 720S membolehkan pemandu memberikan input dalam peratus sebanyak mana ESC boleh membantu mereka.

Untuk video mengenai ESC boleh tengok video di bawah.

3. ESC vs ABS vs Traction Control

Traction control atau sistem kawalan cengkaman ialah sebahagian sistem dari ESC dan juga boleh juga wujud tanpa ESC. Biasanya jika ESC wujud, TCS akan turut dipasang.

Traction Control mengelakkan tayar tergelincir dan memberikan cengkaman semasa memulakan perjalanan dari keadaan statik.

ABS Anti Lock Braking Sistem atau Sistem Brek anti terkunci ialah sistem pencegahan yang mengelakkan roda terkunci dan seterusnya roda stering terkunci semasa brek kecemasan.

Walaupun ditekan secara mengejut dan kuat, tayar tidak akan terkunci lantas mengembalikan cengkaman tayar semasa membrek.

ESC akan memberikan brek ABS pada setiap tayar yang hilang cengkaman semasa selekoh, membrek kecemasan semasa selekoh, atau mengelakkan halangan. ESC tetap akan memberikan kuasa membrek dengan tujuan mengelakkan kereta terbabas walaupun tiada input brek dari pemandu

Video bagaimana ESC berfungsi ada di bawah.

Untuk sesi pertama, Honda Insight mengelakkan halangan tanpa ESC. Boleh tengok ESC terbabas dan berpusing.

Sesi kedua, Honda Insight mengelak halangan dengan bantuan ESC dan meneruskan perjalanan seolah-olah ada malaikat yang menjaga keselamatan kereta tersebut.

Keberkesanan ESC

National Highway Transportation Safety Agency (US) mengeluarkan laporan pada 2004, kereta yang dilengkapi dengan ESC mengurangkan kemalangan sebanyak 35%, manakala SUV yang dilengkapi dengan ESC mampu mengurangkan kemalangan sebanyak 67%.

Kajian pada tahun 2006 mendapati 10,000 kemalangan boleh dielakkan sekiranya ESC  digunakan pada kenderaan yang dijual. Pemasangan ESC adalah diwajibkan pada tahun 2012 di negara-negara maju.

New Car Assesment Programme, satu badan yang mengawal selia keselamatan kereta baru di Kesatuan Eropah telah mewajibkan semua kereta yang dijual di kesatuan ini wajib mempunyai ESC sebelum boleh dijual.

Kesatuan Eropah mewajibkan penggunaan ESC pada tahun 2014 bagi semua kereta yang dijual di Eropah

Kerajaan Malaysia mewajibkan semua kereta baru yang hendak dijual di Malaysia wajib menggunakan ESC dan undang undang ini mula berkuatkuasa pada bulan Jun 2018.

Apabila pembaca bercadang untuk membeli kereta baru, saya menyarankan selain membaca spesifikasi enjin, kuasa enjin, dan juga aksesori yang menjolok mata, perhatian yang lebih harus diberikan kepada sistem keselamatan kenderaan seperti sistem ESC dan juga ujian perlanggaran ASEAN NCAP.

Jangan pula terpandang saja jurujual perempuan yang jelita bermekap tebal dan menawarkan skim Zero Downpayment, anda terus bersetuju. Pastikan ada ESC ada 5 Bintang ujian NCAP ya.

Tags
Google ads
Back to top button