Buletin

PEUGEOT MOTORCYCLES LANCAR SKUTER ADVENTURE XP400

Bertempat di EICMA 2022, Peugeot Motorcycles telah melancarkan sebuah skuter ADV XP400 dengan rekaan yang serba agresif.

Sekali imbas, rekaannya banyak mengambil inspirasi daripada skuter Honda X-ADV.

Dikuasakan enjin silinder tunggal sejukan cecair 36.7 hp, XP400 ini turut didatangkan dengan sistem suspensi fork hadapan jenis terbalik, diikuti penyerap hentak tunggal di bahagian belakang.

Aspek pemberhentian pula terdiri daripada rotor berkembar untuk roda hadapan dan rotor tunggal di belakang yang dibantu dengan sistem brek anti-kunci dua saluran.

Terdapat dua versi yang ditawarkan, XP400 Allure dengan rim aloi untuk kegunaan jalanan, serta XP400 GT yang lebih mesra laluan off-road di mana ia didatangkan dengan rim lidi.

XP400 turut dilengkapi dengan skrin paparan TFT lima inci, slot pengecasan USB serta ruang meletakkan barang yang besar di bawah tempat duduk.

Google ads
Back to top button