
EICMA2026: KEEWAY XDV 350 EVO PRO DIPERKENAL- 27.9HP, 27.5NM
Keeway memperluas tawaran skuter adventure dengan memperkenalkan XDV 350 EVO PRO ketika di EICMA 2026 sekaligus bakal memeriahkan segmen skuter 350cc.
Menggerakan XDV 350 EVO PRO adalah enjin satu silinder 309.3cc yang berupaya menghasilkan 27.9hp dan 27.5Nm. Kuasa dihasilkan itu meletakkan XDV 350 EVO PRO dalam kumpulan sama dengan Honda ADV 350 dan Yamaha RW 350.
Model ini turut dilengkapi dengan ciri terkini termasuk meter TFT 7-inci dengan fungsi navigasi dan screen mirroring, ABS dwi-saluran, traction control, fungsi stop-start dan keyless.

Menariknya, Keeway turut melengkapkan XDV 350 EVO PRO dengan penghadang angin boleh laras secara elektronik dan grip pemanas.
Turut melengkapkan ciri lasak pada XDV 350 EVO PRO adalah penggunaan rim jenis spoke dan crash bar yang didatangkan secara standard.
Buat masa ini belum ada pengesahan sama ada model ini akan dipasarkan di Malaysia oleh MForce Bike Holdings.








