Buletin

ACURA SELESAI PASANG UNIT TERAKHIR NSX

Acura baru-baru ini telah pun selesai memasang unit terakhir model supercar hibrid Acura NSX generasi kedua.

Unit yang dipasang di Performance Manufacturing Center, Ohio itu merupakan sebuah NSX Type S yang dihadkan produksinya kepada 350 unit sahaja.

Sebagai sebuah model pengakhiran, NSX Type S telah dibekalkan dengan nadi V6 turbo yang lebih berkuasa, 600 hp dan 667 Nm terima kasih kepada beberapa komponen perlumbaan yang digunakan.

Disebabkan permintaan yang semakin merudum, penjualan model NSX ini sudah pun ditamatkan di beberapa buah negara.

Terdapat ura-ura generasi baharu NSX akan dibangkitkan semula sebagai sebuah supercar berkuasa elektrik, selari dengan langkah elektrifikasi yang dilaksanakan oleh Honda pada ketika ini.

Google ads
Back to top button