Motosikal

RASMI: SYM ADXTG 400 LANCAR DI MALAYSIA – RM29,888

Selepas pelbagai laporan diterbitkan termasuk dibawa ke kilang SYM di Taiwan, MForce Bike Holdings dengan rasminya memperkenalkan SYM ADXTG 400 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM29,888. 

Pelancaran ADXTG 400 itu menyaksikan pasaran motosikal skuter adventure bertambah sengit disini. 

Atas kertas, ADXTG 400 digerakkan enjin satu silinder 399cc yang berupaya menghasilkan 35hp dan 37Nm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menggunakan rantai berbanding tali sawat (belt). 

Kedudukan enjin yang berada di tengah-tengah kerangka juga menjadikan motosikal ini lebih stabil dan seimbang. 

Satu lagi ciri menarik yang menjadikan ADX TG 400 ini unik termasuklah satu-satunya skuter yang mengguna pakai swingarm jenis ‘aluminium’ dengan Sanyang Multilink Suspension. Tak cukup dengan itu, SYM turut memasang ‘handlebar’ boleh laras yang boleh diselaraskan mengikut kesesuaian penunggang. 

Pelindung tangan dan penghadang angin tinggi turut disertakan secara standard disamping slot pengecas USB. 

Untuk rekod, ADXTG 400 merupakan motosikal pertama SYM yang hadir dengan mod ‘off-road’ yang ditawarkann sistem ABS. Seperti kebiasaan, mod ‘off-road’ ini hanya akan mengaktifkan ABS di tayar depan. Brek mengejut juga akan mengaktifkan lampu brek kecemasan (EBL). 

Kami telah pun merasai kemampuan ADXTG 400 ketika mengikuti lawatan MForce ke kilang SYM di Taiwan dan ternyata produk terbaru ini pastinya akan menggembirakan peminat skuter tempatan. 

GALERI: SYM ADXTG 400

Google ads
Back to top button