PINJAM ‘AH LONG’ RM32K SEBAB NAK MODIFIED MOTOSIKAL – MEMANG CARI PENYAKIT KAU, DIK
Kegiatan ‘Ah long’ atau ceti haram masih berleluasa di negara ini disebabkan adanya permintaan, bahkan ada yang meminjam hanya kerana memenuhi kehendak hobi.
Baru-baru ini tular di TikTok apabila seorang remaja meminjam ‘Ah long’ sebanyak RM32,000 dek kerana taksub dengan pengubahsuaian motosikal.
Melalui video berkenaan, wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) nyata berang dengan tindakan remaja tersebut.
Daripada video itu juga, remaja tersebut dikatakan pernah meminjam Ahlong dengan jumlah RM17,000 sebelum ini.
Bapa remaja terbabit bagaimanapun telah melunaskan hutang berkenaan pada Januari lalu.
Laksana layang-layang salah teraju, dia mengulangi kesalahannya dengan meminjam RM15,000 lagi dari Ahlong yang sama atas sebab serupa.
Video tular itu telah mendapat lebih 4 juta tontonan setakat ini dan rata-rata netizen seakan tidak percaya tindakan remaja berusia 22 tahun terbabit.
“Dah jadi superbike ke tak y15 dia?” komen pengguna TikTok.
Komen lain, “ukur baju dibadan sendiri…Jiwa kelajuan tak pinjam duit Ahlong.”
“Kesian tengok budak ni tapi itulah bila dah main dengan ah long ni memang panjang cerita. Semoga jadi pengajaran buat dia dan kita semua.” –TikTok