Artikel Pilihan

KESILAPAN REKAAN KERETA ELEKTRIK – TERLALU BERAT, MAKAN TAYAR

Pengguna kereta elektrik di Amerika yang telah bertukar kepada kereta elektrik akhirnya menyedari yang mereka perlu menukar tayar dengan lebih kerap, berbanding dengan kereta biasa yang menggunakan enjin. Dalam sesetengah keadaan kadar kehausan tayar kereta elektrik adalah 20% lebih cepat berbanding dengan kereta biasa

Salah satu penyebab utama kepada masalah ini ialah berat tambahan kereta elektrik disebabkan pertambahan berat bateri menjadikan kereta elektrik ini perlu mengusung beban tambahan ini ke mana jua. Masalah ini diburukkan lagi dengan motor elektrik yang berupaya memberikan tork segera pada 0 RPM menyebabkan kehausan tayar menjadi semakin parah

BAgi mengatsi masalah ini, pengeluar tayar menghasilkan tayar khas untuk kereta elektrik, boleh menerima tork yang tinggi dalam keadaan statik, lebih senyap dan lebih tahan lama tetapi pada harga yang lebih mahal.

Portal berita The Herald melaporkan formen bengkel di EV Garage Miami Jonathan Sanchez melaporkan kebanyakan pemilik kereta elektrik tanpa mengira model dan jenama akan datang untuk menukar tayar kereta elektrik mereka pada perbatuan antara 12,000km ke 16,000km

Sebagai perbandingan, pengguna kereta petrol atau diesel akan menukar tayar pada perbatuan 40,000 ke 50,000km bergantung pada cara pemanduan. Malah ada pengguna yang meluah rasa menyesal kerana perlu mengeluarkan belanja sehingga RM 7200 untuk satu set tayar pada 12,000km

Bagi pengguna yang memandu dengan lebih cermat, mereka berupa memanjangkan jangkahayat tayar kereta elektrik lebih jauh. Pengeluar tayar seperti Michelin pula mencadangkan pemandu kereta elektrik menggunakan Michelin e Primacy dengan menawarkan jarak perjalanan sehingga 7% lebih jauh dan juga teknologi Self Seal, berupaya menampal kebocoran tayar yang tidak serius.

Google ads
Back to top button