Motosikal

HONDA STYLO 160 LANCAR DI INDONESIA – 15HP, 13.8NM

Astra Honda Motor dengan rasminya memperkenalkan skuter gaya retro menerusi Stylo 160. 

Walaupun gaya retro namun Stylo 160 ini dilengkapi dengan ciri moden dan premium di samping dikuasakan enjin 156.9cc eSP+ dan PGM-Fi yang sama terdapat pada Vario 160 dan ADV 160. 

Hasilnya, Stylo 160 ini menawarkan 15hp pada 8,500rpm dan 13.8Nm pada 7,000rpm. 

Namun, daya penarik utama merupakan reka bentuk ala klasik yang ditawarkan termasuk panel badan yang setanding model retro yang lebih popular antaranya Vespa.

Selain reka bentuk unik, Stylo 160 ini hadir dengan kelengkapan moden termasuk pencahayaan LED, panel meter digital penuh, sistem ‘keyless’ dan pengecas USB. Dalam pada itu, ciri praktikal pula terdiri dari dua poket barangan di bahagian hadapan dan tangki 5L. 

Menariknya, untuk pasaran Indonesia, Honda Stylo 160 ini hadir dengan dua varian, CBS (combine-braking system) dan ABS (anti-lock braking system).  Menurut Astara Honda, Stylo 160 ini hadir dengan enam warna pilihan; Royal Green, Royal Matte White, Royal Matte Black, Glam Red, Glam Black dan Glam Beige.

Google ads
Back to top button