" "
Buletin

POLIS BURU PEMUDA ANGKUT IKAN LUMBA-LUMBA GUNA MOTOSIKAL

Polis memburu dua pemuda yang bertindak mengangkut ikan lumba-lumba dengan menggunakan motosikal di perairan pantai Nu’i Panda, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Menurut laporan CNN Indonesia, pihak berkuasa memburu kedua lelaki berkenaan selepas video berdurasi kira-kira 20 saat itu menjadi viral di media sosial.

Ikan tersebut dikatakan merupakan dari spesies lumba-lumba hidung botol dan merupakan spesies dilindungi.

Pihak berkuasa menerima maklumat daripada penduduk dikenali sebagai Baharuddin yang mendakwa daging ikan itu telah diagihkan kepada penduduk setempat.

Polis juga menyoal siasat penduduk yang menerima daging ikan tersebut. – CNN Indonesia/detik

Google ads
Back to top button