Buletin

VERSTAPPEN ‘PARKIR’ ATAS HAMILTON DI GP ITALI

Max Verstappen dan Lewis Hamilton tersingkir dari perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Itali akibat pelanggaran sesama sendiri di pertengahan perlumbaan.

Penyandang juara, Hamilton dan pendahulu keseluruhan musim ini, Verstappen berlanggar ketika pelumba Britain itu ingin memasuki semula Litar Monza selepas keluar dari hentian pit.

Verstappen dari Red Bull cuba untuk memintas Hamilton ketika pelumba Mercedes itu melakukan hentian pit.

Bagaimanapun, kedua-dua pelumba itu bergesel menyebabkan tayar belakang jentera Verstappen terkena badan kereta Hamilton.

Ia menyebabkan jentera Verstappen berada di atas jentera Hamilton sebelum kedua-duanya terkeluar dari litar.

Insiden berkenaan menghalang Hamilton untuk meraih kejuaraan GP buat kali ke-100 dan kekal lima mata di belakang Verstappen bagi kedudukan keseluruhan.

Hamilton memberitahu peranti keselamatan halo F1 telah menyelamatkannya dalam perlumbaan berkenaan.

“Saya berasa sangat bertuah hari ini. Halo berkenaaan telah menyelamatkan saya dan leher saya,” katanya.-BBC/HM

Google ads
Back to top button