Buletin

SELAMBA JE NISSAN 350Z ANGKUT UTV. APA PEMILIK TU FIKIR!!!

Nissan 350Z merupakan antara model kereta sukan yang menjanjikan kepuasan kepada pemilik jentera terbabit.

Begitupun, jentera berkenaan bukanlah alternatif terbaik dalam mengangkut objek besar mahupun berat.

Satu imej pelik dikongsi dalam laman IdiotsInCars di Reddit memaparkan sebuah Nissan 350Z berwarna merah sedang parkir di Amerika Syarikat (AS).

Parkir kenderaan tidaklah pelik tetapi apa yang terdapat di atas bumbung jentera terbabit menimbulkan persoalan kepada warga alam maya.

Apa yang difikirkan pemilik kenderaan tersebut apabila mengangkut UTV!!!

Dengan berat UTV di atas bumbung, sukar membayangkan jika Nissan 350Z tersebut tidak mengalami sebarang kerosakan.

Selain itu, antara persoalan adalah bagaimana UTV itu boleh berada di atas bumbung, tidak mungkin ia diangkut dengan tangan. –carscoops.

Google ads
Back to top button