Buletin

POLIS BURU LELAKI TUNGGANG MOTOSIKAL DENGAN AKSI BAHAYA

Pihak polis memburu seorang lelaki berusia 36 tahun yang menunggang motosikal secara berbahaya di Jalan Kuching, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam rakaman video yang tersebar di media sosial memaparkan aksi bahaya seorang lelaki menunggang motosikal sambil kedua belah kaki diletakkan di handel motosikal.

Selain itu, lelaki terbabit turut memegang minuman ketika menunggang motosikal

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, semakan ke atas nombor pendaftaran motosikal mendapati ia dimiliki seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun yang menetap di Selayang.

“Pihak polis telah pergi ke rumah berkenaan dan berjumpa warga emas itu, mereka dimaklumkan bahawa motosikal berkenaan digunakan oleh anaknya berusia 36 tahun.

“Anggota bertugas telah bertindak merampas motosikal berkenaan dan meneruskan usaha mengesan suspek bernama M.Thiruvarasu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegas beliau. – The Star

Google ads
Back to top button