Buletin

POLIS KENAL PASTI PEMANDU BEZZA LAWAN ARUS DI LEBUH RAYA SENAI-DESARU

Polis sudah mengenal pasti pemandu kereta Perodua Bezza yang dipercayai memandu melawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru,

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata ia susulan rakaman video yang tular di berhubung sebuah kenderaan dipandu secara berbahaya dipercayai berlaku jam 11.45 malam, Jumaat lalu.

“Polis mengesahkan satu kes memandu secara melulu dan berbahaya membabitkan sebuah kereta Perodua Bezza warna coklat yang dirakam melawan arus.

“Bertindak atas maklumat, polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam mengesan pemilik dan pemandu yang membawa kenderaan itu, jam 7 malam tadi.

“Polis mengarahkan pemandu kenderaan terbabit supaya tampil memberikan keterangan dan siasatan dijalankan di bawah 42( 1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

Sebelum itu, video berdurasi 41 saat itu memaparkan sebuah kereta dipandu melawan arus di Lebuh Raya Senai-Desaru, tular di media sosial. – BH

Google ads
Back to top button