Buletin

TOYOTA HILUX TERSANGKUT DI PANTAI BATU LAUT, APALAH NASIBNYA…

Video berdurasi 20 saat yang menunjukkan sebuah Toyota Hilux tersangkut dalam pasir di kawasan cetek pantai Batu Laut, Tanjong Sepat Selangor baru-baru ini tular di media sosial.

Menurut perakamnya, Toyota Hilux berkenaan berada di pantai berhadapan Masjid Batu Laut. Kelihatan juga individu cuba menolak dan membawa keluar trak pikap itu.

“Ada sebuah Hilux sangkut di laut memerlukan bantuan. Kalau ada sesiapa boleh bantu untuk menarik keluar. Dulu ada sebiji Hilux yang pernah sangkut, macam mana pengalaman hendak keluarkan. Lagi satu jam air pasang,” katanya.

Video itu mendapat pelbagai komen daripada netizen. Ada yang menyifatkan pemandunya cuba meniru apa dilakukan di luar negara.

“Kali kedua rasanya benda macam ini. Ini mesti orang luar yang acah-acah macam dekat ‘oversea’ naik 4X4 travel. Jalan dekat pasir,” kata pengguna Facebook, Hasanah Misni.

Fz Azrie pula menyatakan Hilux berkenaan menunggu air pasang untuk dikeluarkan. “Dia tunggu air pasang itu. Kereta dia boleh terapung,” tulisnya. – K!ONLINE

Google ads
Back to top button