Buletin

POLIS BURU PEMANDU PROTON ISWARA REMPUH SJR

Anggota keselamatan di sekatan jalan raya di Kampung Talak yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berdepan detik cemas apabila sebuah kereta tiba-tiba merempuh khemah di kawasan itu.

Kejadian jam 11.45 pagi tadi (semalam) mengejutkan beberapa anggota keselamatan sebelum lari menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, berkata kereta Proton Iswara hitam secara tiba-tiba merempuh khemah di sekatan terbabit.

“Anggota kami bertindak mengejar kenderaan terbabit apabila melihat pemandu mengundurkan kenderaannya.


“Bagaimanapun pemandu berjaya melarikan diri dan gagal dikesan. Anggota sempat mencatat nombor pendaftaran kenderaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ab Rashid berkata, tiada anggota tercedera akibat rempuhan itu dan hanya beberapa barangan rosak.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis 1967. – BH

Google ads
Back to top button