Motosikal

SEMPOI HONDA GL PRO ANGKUT YAMAHA XMAX

Satu video seorang penunggag motosikal Honda GL Pro mengangkut Yamaha XMAX menjadi viral di media sosial Indonesia.

Melalui video dimuatnaik pengguna dikenali sebagai @enamon_jokes, skuter XMAX yang lengkap dengan kotak simpanan barang diangkut Honda GL Pro pada bahagian belakang.

Biarpun, tidak mendedahkan lokasi sebenar, para netizen membuat andaian ia berlaku di kawasan Gunung Bromo, Jawa Timur.

Honda GL dianggap sebagai sebuah motosikal berusia dalam pasaran Indonesia tetapi bersifat lasak dan mampu membawa muatan berat selain menjadi mod pengangkutan.

Sebenarnya, peraturan di Indonesia menetapkan bahawa lebar barang yang dibawa menggunakan motosikal tidak melebihi panjang bar hendal dan tinggi tidak lebih 900mm dari permukaan pelana. Ukuran panjang pula, tidak lebih saiz motosikal pengangkut.

Syarat itu sudah ditetapkan dalam PP Nombor 74 Tahun 2014  Artikel 10 Perenggan (4) dan Artikel 11 Pengangkutan Jalan Raya.- Kompas

Google ads
Back to top button