POLIS SIASAT KERETA PENGIRING VIP REMPUH KENDERAAN ORANG AWAM
Polis sedang menyiasat kemalangan membabitkan kenderaan orang awam dengan kenderaan anggota polis yang sedang mengiringi orang kenamaan (VIP) di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan yang ditularkan semasa petugas Polis Diraja Malaysia mengiringi orang kenamaan.
“Kita menerima laporan berkaitan kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Seremban, Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Mohd Yusri berkata, JSPT sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan digalakkan memberi maklumat untuk melengkapkan siasatan,” katanya.
Pada Ahad, tular video berdurasi satu minit empat saat yang memaparkan sebuah kenderaan petugas PDRM sedang mengiringi VIP telah merempuh kereta jenis Proton Saga.
Dalam rakaman tersebut memaparkan kereta pengiring itu disyaki memandu laju sewaktu hujan sebelum melanggar bahagian belakang Proton Saga itu.
Posting terbabit turut mendapat 23 ribu tontonan serta 326 reaksi. – Sinar Harian
- BACA: SUZUKI JIMNY ARCTIC RASMI DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM167K
- BACA: ‘YEAR END EXTRAVAGANZA’ PEUGEOT MALAYSIA TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA RM26,388 UNTUK MODEL PILIHAN PEUGEOT
- BACA: ACURA ADX SERBA BAHARU – BAKAL MENJADI SUV PILIHAN ANAK MUDA MASA KINI
- BACA: PLYMOUTH GTX ELECTROMOD CONCEPT – KERETA MUSCLE KONSEP YANG TELAH DI-ELEKTRIK-KAN