Buletin

PLYMOUTH GTX ELECTROMOD CONCEPT – KERETA MUSCLE KONSEP YANG TELAH DI-ELEKTRIK-KAN

Memang menjadi trend masa kini apabila kereta – kereta lama yang berenjinkan pembakaran dalaman, cuba diberikan nafas baru dengan menukarkannya kepada battery-electric vehicle (BEV). Ini adalah sebuah model konsep Plymouth GTX Electromod yang telah di-elektrik-kan.

Walau pun mungkin telah berusia, namun kereta muscle yang sememangnya masih lagi kelihatan berotot sasa pada penampilan luarannya. Dengan rupa yang rendah, diberikan cat Frostbite Blue membuatkan kereta yang beremisi zero jelas mampu menarik perhatian sesiapa. Pun begitu, ianya telah diberikan sedikit kontra dengan warna Satin Black untuk beberapa bahagian seperti gril, cermin sisi, trim tingkap dan juga ekor di bahagian but belakang.

Pasukan reka bentuk Mopar telah membuatkan bukaan roda belakang sedikit lebar untuk rupa yang agresif dan moden. Ini memerlukan kerja – kerja kustom terhadap ruangan fender dan set bampar untuk memastikan penampilan luarannya kelihatan jauh lebih moden.

Model konsep Plymouth GTX Electromod ini dilengkapi dengan hood carbon fiber yang turut dibina kustom lengkap dengan ventilasi udara berkembar serta garis Satin Black yang memberi nuansa asal sebuah Plymouth GTX.

Kemasan luaran lain termasuklah splitter hadapan dan spoiler belakang menggunakan carbon fiber. Ruang penutup pengisian bahan bakar masih lagi dikekalkan fungsinya tetapi telah ditukar kepada ruangan pengecasan bateri. Plymouth GTX Electromod ini menggunakan sistem suspensi tiga pautan dengan rim BTG Vintage Bronze bersaiz 18 inci yang dibalut dengan tayar Pirelli P-ZERO (PZ4).

Ruangan enjin asal kini menempatkan modul penggerak elektrik 400 volt, 250 kW yang dipasang pada bingkai dan posisi motor aluminium 6061 agar ianya lebih mudah untuk diproduksi pada masa akan datang.

Bagi menghormati enjin asal Supercharger Hellcat yang lagenda itu, terdapat penutup di bahagian atas yang menempatkan integrated dual-charging module (IDCM).

Kuasa maksimum yang mampu dihasilkan sekitar 335 HP dan jarak perbatuan dianggarkan mampu bergerak sejauh 400 km.

Ruangan kabin pula masih lagi mengekalkan ciri klasik untuk sebuah model kereta muscle dengan penggunaan meter jenis analog sehingga 160 mph serta paparan penting untuk tahap caj bateri dan juga suhu penyejuk bateri dan motor.

Tempat duduk asal belakang yang sedikit sempit kini telah digantikan tempat yang serupa di bahagian hadapan yang diambil terus daripada Jeep Wrangler dan dibalut dengan kulit premium berwarna IndiGo Blue.


BACA : DODGE DAYTONA SRT CONCEPT – KELAHIRAN MUSCLE CAR DALAM ERA EV

BACA : 2 EKOR BULLDOG KENA REMBAT – PEMILIK TAWAR HABUAH PLYMOUTH VIP KLASIK

Google ads

B K

Back to top button