
‘YEAR END EXTRAVAGANZA’ PEUGEOT MALAYSIA TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA RM26,388 UNTUK MODEL PILIHAN PEUGEOT
PEUGEOT Malaysia kini menawarkan promosi akhir tahun ‘Year End Extravaganza’, yang menawarkan penjimatan sehingga RM26,388 untuk model-model pilihan PEUGEOT.
Promosi ini sah sehingga 31 Disember 2024, melibatkan rebat besar, insurans percuma, pelbagai faedah menarik apabila anda membuat tempahan serta pendaftaran bagi model PEUGEOT 408, 2008, 3008, dan 5008.
Semua kenderaan PEUGEOT yang dibeli semasa promosi ini turut dilengkapi dengan jaminan 7 tahun atau 200,000km, serta merupakan peluang terakhir untuk menikmati penyelenggaraan percuma selama 5 tahun, meliputi kos alat ganti untuk 10 servis.
Berikut adalah butiran promosi:

Nota: Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insurans bagi model keluaran 2024.
PEUGEOT 408
Dikenali dengan reka bentuk avant-garde yang memenangi Red Dot Design Award 2023, PEUGEOT 408 dilengkapi enjin 1.6 liter turbocharged PureTech dengan kuasa 218hp dan tork 300Nm.
Pelanggan yang memilih varian Premium atau GT akan menikmati insurans percuma selama dua tahun bernilai RM10,000.
PEUGEOT 2008
Kini ditawarkan pada harga RM119,888, PEUGEOT 2008 menampilkan rekaan roda 17-inci, lampu utama LED penuh, dan pemilih mod pemanduan untuk pengalaman memandu urban yang sempurna.
PEUGEOT 3008
Bagi mereka yang mahukan gaya dan praktikaliti, PEUGEOT 3008 kini dengan rebat RM20,388. Ciri-ciri seperti i-Cockpit dengan paparan infotainment 10-inci, kluster instrumen 12.3-inci, dan stereng rekaan rata memberikan keselesaan ergonomik.
Tambahan pula, model keluaran 2023 menawarkan rebat lebih besar, sehingga RM40,000 jika ditempah sebelum 30 November 2024.
PEUGEOT 5008
Untuk keluarga yang memerlukan ruang lebih luas, PEUGEOT 5008 menawarkan rebat RM26,388. MPV ini menyediakan ruang untuk tujuh penumpang atau ruang kargo 952 liter jika barisan ketiga dilipat.
Ciri tambahan seperti Advance Grip Control menjadikannya pilihan yang sempurna untuk pengembaraan di pelbagai jenis permukaan jalan.
Sehubungan itu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran PEUGEOT yang sah untuk menempah uji pandu.
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk melihat model-model ini secara langsung di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) dari 5 hingga 11 Disember 2024.
Rebut peluang ini untuk menamatkan tahun dengan penuh gaya bersama PEUGEOT Malaysia!
- BACA: ACURA ADX SERBA BAHARU – BAKAL MENJADI SUV PILIHAN ANAK MUDA MASA KINI
- BACA: PLYMOUTH GTX ELECTROMOD CONCEPT – KERETA MUSCLE KONSEP YANG TELAH DI-ELEKTRIK-KAN
- BACA: ART GAGAL BERFUNGSI SEPENUHNYA DI IKN NUSANTARA, INDONESIA HANTAR SEMULA KEPADA CHINA
- BACA: DUA TERBUNUH SEBELUM BAJA 1000 BUKA TIRAI – MOTORSPORT IS DANGEROUS ITU BENAR