
SUZUKI JIMNY ARCTIC RASMI DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM167K
Naza Eastern Motors Sdn. Bhd., pengedar tunggal kenderaan Suzuki di Malaysia, baru-baru ini melancarkan varian baharu Suzuki Jimny Arctic, menambah variasi kepada barisan Suzuki Jimny 3-Pintu.
Varian eksklusif ini diperkenalkan semasa acara Jimny Lifestyle Drive edisi ketiga, yang menggabungkan keupayaan lasak dan reka bentuk bergaya untuk pencinta pengembaraan.
Selain Jimny Arctic, dua warna baharu turut diperkenalkan untuk varian Suzuki Jimny 3-Door All Grip, iaitu Pearl White dan Chiffon.

Jimny Arctic hadir dengan beberapa peningkatan ketara pada bahagian luaran, antaranya:
- Visor pintu.
- Cermin gelap 3-panel.
- Penutup tayar lembut bertemakan Arctic.
- Penghadang lumpur hitam.
Bahagian dalaman pula menyajikan pengalaman pemanduan yang lebih eksklusif, dengan ciri-ciri seperti:
- Audio garnish bumper yang elegan.
- Karpet deluxe premium.
- Tempat duduk kulit Nappa dua-tona.

Dari segi kuasa, Jimny Arctic dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder NA 1.5 liter VVT, berupaya menghamburkan kuasa 100hp dan tork 130Nm.
Nadi berkenaan dipadankan bersama kotak gear automatik empat kelajuan serta sistem pacuan empat roda dengan transfer box low-range.
Suzuki Jimny Arctic direka untuk mereka yang gemar meneroka, menggabungkan ketahanan, kebolehpercayaan, dan semangat pengembaraan dalam satu pakej kompak 4×4.
Jimny Arctic ditawarkan pada harga RM167,900 (sebelum insurans), bersama promosi ‘early bird’ istimewa yang memberikan rebat sehingga RM7,000 untuk tempoh terhad.
GALERI:











- BACA: ‘YEAR END EXTRAVAGANZA’ PEUGEOT MALAYSIA TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA RM26,388 UNTUK MODEL PILIHAN PEUGEOT
- BACA: ACURA ADX SERBA BAHARU – BAKAL MENJADI SUV PILIHAN ANAK MUDA MASA KINI
- BACA: PLYMOUTH GTX ELECTROMOD CONCEPT – KERETA MUSCLE KONSEP YANG TELAH DI-ELEKTRIK-KAN
- BACA: ART GAGAL BERFUNGSI SEPENUHNYA DI IKN NUSANTARA, INDONESIA HANTAR SEMULA KEPADA CHINA

