Artikel PilihanBuletin

POLIS SITA KERETA MEWAH DAN SUPERCAR INI KERANA MEMANDU SECARA BERBAHAYA

Memandu kereta mewah dan supercar tidak menjanjikan kelakuan tertib dan sopan di jalanraya. Sedangkan kereta kuning pun boleh menguasai Lebuhraya Utara Selatan bila bersendirian, apalagi bila supercar dengan ahli kelab mereka dalam kumpulan yang ramai.

Kalau anda bertemu dengan pemandu jenis memandu dirasuk syaitan, lebih baik beri mereka laluan atau anda boleh pura-pura masuk R&R dan berhenti membeli kerepek pisang.

Kejadian ini berlaku di Great White North Kanada. Menurut polis bandaran Ontario mereka telah menyita sekumpulan kereta mewah dan supercar termasuk beberapa buah Lamborghini dan Porsche kerana memandu secara berbahaya.

BACA: POLIS SITA FERRARI 458 DAN JADI KERETA PERONDA

BACA: INILAH 10 SAMAN TRAFIK TERMAHAL DI DUNIA

Ia berlaku di laluan lebuhraya 400 pada tengahari Ahad lepas selepas polis menerima aduan dari orang awam. Sebanyak 12 orang telah ditahan dan didakwa dengan pemanduan melulu. Lesen mereka juga digantung selama tujuh hari.

Antara kereta yang disita ialah BMW M3 coupe, Mercedes-AMG C63 Coupe, Audi R8, Porsche 911, Chevrolet Corvette Z06, Jaguar XF, Nissan GT-R dan Ferrari, Aston Martin dan Rolls-Royce.

Ingat pesan Abang Japar, kalau terserempak dengan kumpulan besar dengan pemanduan serupa lipan masuk dalam seluar pemandunya, jangan dilayan. Sila beri laluan sahaja. Senang.

https://youtu.be/LGALrlKQjw4

 

 

 

Google ads
Back to top button