Artikel PilihanBuletin

POLIS TRAFIK TAK SETUJU CERMIN GELAP SEPENUHNYA

Sebaik sahaja pengumuman peraturan baru diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan semalam, pelbagai reaksi diterima di kalangan orang awam dan juga agensi kerajaan.

Terbaru, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan polis trafik tidak bersetuju dengan ketetapan baru yang diumumkan oleh YB Anthony Loke semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias memberitahu akhbar Harian Metro bahawa mereka tidak dimaklumkan mengenai peraturan baru itu. Ia akan menyukarkan pihak tugas penguatkuasa dan pihak polis tidak pernah diminta beruding untuk pandangan mereka.

“Saya berasa terkilan, Sepatutnya mereka berbincang dan mungkin boleh ambil pendapat daripada pihak kita.

“Sebelum ini, kita boleh nampak penumpang dan pemandu, namun dengan peraturan baru ini tiada had ketelusan cahaya dibenarkan dan agak susah bagi pihak polis untuk membuat pemeriksaan dan terutamanya penumpang di bahagian belakang,” kata Azisman.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Menjelaskan dengan lebih lnjut, kesalahan-kesalahan kecil seperti menggunakan telefon pintar ketika memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar akan lebih sukar dikesan.

Dalam sidang media khas semalam, Menteri Pengangkutan mengumumkan bahawa peraturan baru telah dibuat bagi ketetapan cermin gelap kenderaan di mana tiada lagi had dikenakan pada cermin penumpang belakang dan juga cermin belakang.

YB ANthony Loke memberitahu bahawa mana-mana individu boleh memohon untuk menggunakan cermin gelap (melalui lapisan filem atau kaca gelap) bagi SEMUA cermin kenderaan atas faktor keselamatan dan kesihatan.

Permohonan tersebut dikenakan bayaran RM50 namun ia tertakluk kepada kelulusan. Jika diluluskan, bayaran sebanyak RM5,000 dikenakan.

Namun tiada bayaran dikenakan jika kelulusan cemin gelap atas sebab-sebab kesihatan.

KREDIT: HARIAN METRO

BACA: CERMIN GELAP. RAHMAT BUAT KERETA RECOND

Tags
Google ads
Back to top button