Artikel Pilihan

PERATURAN BARU CERMIN GELAP. RAHMAT BUAT PEMILIK KERETA RECOND

Pengumuman peraturan baru oleh Kementerian Pengangkutan berkenaan cermin kenderaan semalam telah mengubah keseluruhan dilema cermin gelap yang telah berlarutan sejak bertahun lamanya.

Ya, biarpun peraturan ini telah diubah berkali-kali, namun ia tetap menjadi satu masalah kerana perubahan yang dibuat macam acuh tak acuh sahaja. Pengguna menyalahkan kedai tinted, sementara penguasa menyalahkan pengguna.

Sebenarnya, undang-undang itu sendiri yang tidak digubal mengikut keperluan semasa. Sehinggalah semalam, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke mengumumkan kadar ketelusan baru semalam yang mana, tiada had lagi untuk cermin belakang dan juga cermin penumpang belakang.

Sementara itu, tahap ketelusan cermin hadapan kekal 70 % dan cermin pemandu dan penumpang hadapan 50 %.

Dari sudut lain, peraturan baru ini memberi ruang lebih baik buat pemilik kereta recond khususnya dari Jepun. Ia merupakan “rahmat” besar kepada pengguna, persatuan dan kelab kereta yang berjuang saban tahun menuntut hak mereka.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Kereta recond di Jepun didatangkan dengan cermin gelap di bahagian penumpang belakang. Ia digelar “privacy glass” yang merupakan standard pengeluaran kereta Jepun sejak 90-an lagi.

Masalahnya ialah apabila kereta tersebut diimport masuk, ia perlu mengikut peraturan di sini yang mana cermin tersebut tidak diluluskan oleh pihak PUSAKOM. Lazimnya, penjual kenderaan akan menggunakan cermin cerah untuk pemeriksaan PUSPAKOM dan menggantikan kepada cermin asal hitam ketika kereta diserahkan kepada pelanggan.

Majoriti pelanggan tidak tahu pun bahawa kenderaan mereka melanggar undang-undang sehinggalah ditahan pihak berkuasa.

Ia sangat remeh kerana kereta perlu diperiksa di pejabat JPJ untuk ketelusan cahaya. Sesuatu yang tidak dijangkakan langsung untuk pemilik kereta recond. Pemilik perlu menggantikan keseluruhan cermin belakang yang harganya tidak murah.

Inilah masalah yang dihadapi bertahun lamanya.

Mungkin ramai yang ingat, kereta recond ialah kereta-kereta mahal seperti Vellfire, Harrier, Elgrand tetapi sebenarnya kereta-kereta recond terpakai juga menghadapi masalah yang sama.

Kereta-kereta recond keluaran 90-an seperti CR-V, Harrier, Nissan Picnic, Mazda MPV, RAV4 dan banyak lagi yang memang didatangkan dengan cermin hitam. Model-model seperti Delica, Granvia memang tak tahu di mana nak cari cermin cerah dah. Ada yang sampai batalkan jualan kereta kerana tak boleh lepas pemeriksaan PUSPAKOM yang sebab cermin gelap.

TOYOTA HARRIER DOMINATIONS

Meskipun akan timbul isu-isu seperti ketiadaan had ketelusan cahaya pada cermin belakang, kami percaya ia boleh diperhalusi oleh Kementerian terbabit.

Namun secara keseluruhannya, pemilik kereta recond sudah boleh menarik nafas panjang dengan peraturan baru ini.

Tags
Google ads
Back to top button