
SUBARU XV EDISI GT DILANCARKAN. RM130K SAHAJA.
Subaru XV, salah satu SUV segmen B kegemaran Malaysia hari ini hadir dengan satu lagi varian baharu yang dikenali sebagai Subaru XV GT Edition.
Model XV GT Edition ini merupakan hasil koloborasi antara Moto Image, Giken Co. Ltd. dan Masahiko Kobayashi, bekas ketua pereka Subaru Global Advanced Design Studio.

Kobayashi adalah individu yang bertanggungjawab merekabentuk pelbagai model produksi Subaru, termasuklah WRX Sti.
Edisi khas XV GT ini didatangkan dengan lip bampar depan yang diintegrasikan bersama canard tepi, skirting badan baharu, spoiler bumbung baharu dan juga apron khas untuk bampar belakang.
Ia juga dipasangkan dengan rim 17 inci. Sementara itu, bahagian dalamannya dibalut kulit dan ia juga dilengkapi kamera berkembar di bahagian sisi.

Subaru XV GT ini dikhaskan untuk pasaran Asia sahaja di mana ia telah diperkenalkan di Thailand, Taiwan, Filipina dan Malaysia. Ia akan diperkenalkan di Vietnam dan Hong Kong juga.
Model ini dijual pada harga RM130,788 atas jalan tanpa insurans dan akan mula berada di pasaran minggu hadapan.
GALERI