Artikel PilihanBuletin

PORSCHE DISAMAN RM2.5B AKIBAT PENIPUAN DISEL

Porsche anak syarikat Kumpulan Volkswagen akan membayar denda 535 juta euro (RM2.5b) ke atas kenderaan diesel yang mengeluarkan bahan tercemar yang lebih berbahaya daripada dibenarkan, kata pendakwa Stuttgart semalam.

“Pejabat pendakwa Stuttgart telah mengenakan denda sebanyak 535 juta euro (RM2.5b) terhadap Porsche AG kerana kecuaian dalam kawalan kualiti,” kata penyiasat.

Porsche “menjauhkan diri daripada cabaran undang-undang” terhadap keputusan itu, kata pejabat pendakwa.

Pendakwaan terhadap Porsche adalah kes terbaru dalam rentetan denda terhadap VW sepanjang skandal “dieselgate” sejak beberrapa tahun lalu.

Kumpulan automotif terbesar itu mengakui pada tahun 2015, memanipulasi keputusan ujian disel 11 juta kenderaan di seluruh dunia.

Berikutan denda terhadap VW, anak syarikat Audi dan sekarang Porsche, tiada siasatan lanjut mengenai “kesalahan pentadbiran” terhadap kumpulan tersebut.

Tetapi prosiding undang-undang terhadap individu, termasuk bekas ketua eksekutif Martin Winterkorn, tetap terbuka.

Sementara itu, beribu-ribu pelabur menyaman syarikat itu untuk kerugian yang mereka alami akibat kejatuhan saham apabila berita skandal tersebar. Sementara itu, beratus ribu pemandu lagi menuntut pampasan.

Dalam kenyataannya sendiri, Porsche berkata kecuaian tersebut telah dikenal pasti sebagai “membabitkan beberapa peringkat di bawah lembaga pengarah.”

Firma tersebut juga mengatakan bahawa kos denda itu dimasukkan dalam peruntukan sekitar satu bilion euro oleh kumpulan VW pada suku pertama tahun ini.

Setakat ini jumlah kos “dieselgate” telah meningkat kepada 30 bilion euro.

Google ads
Back to top button