Buletin

SUZUKI SWIFT SPORT KATANA – 30 UNIT UNTUK BELANDA SAHAJA, BERMULA RM134.7K

Pengeluar kereta dan motosikal Suzuki Motor baru-baru ini menawarkan model edisi terhad yang cukup istimewa. 

Dikenali sebagai Suzuki Swift Sport Katana, jentera itu mahu menggabungkan dunai kenderaan empat rida dengan motosikal.

Sebagaimana yang diketahui, nama jentera tersebut diambil daripada motosikal paling ikonik pernah dilancarkan oleh Suzuki pada tahun 1981 dan kembali ke pasaran pada tahun ini. 

Terhad kepada 30 unit, Suzuki Swift Sport Katana bagaimanapun hanya ditawarkan di Belanda. Edisi terhad itu dilihat memberi tribute kepada Suzuki Katana apabila hanya menggunakan warna perak metalik dan hitam mutiara. 

Selain warna badan, perbezaan lain dengan model Swift biasa ialah jalur pada bonet, grafik pintu, simbol Katara pada pintu hadapan dan nombor siri pada tiang C. 

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Tidak ketinggalan, kemasan merah pada gril, perumah cermin sisi berwarna hitam, bampar kelabu, skirting sisi dengan kemasan gentian karbon dan rim aloi OZ bersaiz 18 inci yang dibalut tayar Michelin Pilot Sport 4.  

Perubahan di bahagian kabin adalah minimum menerusi stereng lebih tebal bersama lencana Katana, tempat duduk gabungan kulit dan fabrik yang lengkap dengan sulaman perkataan Katana serta nombor siri. Panel pintu dan karpet juga dijahit dengan perkataan Katana.

Bukan sekadar penampilan, model edisi terhad itu turut menerima naik taraf dari segi suspensi boleh laras, topang bar dan sistem ekzos yang baru.

Suzuki Swift Sport Katana ditawarkan pada harga bermula €28,999 (RM134,700) seunit, kira-kira  €4,000 (RM18,600) lebih mahal berbanding Swift standard. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button