;
Buletin

PORSCHE MACAN FACELIFT 2019 DILANCARKAN. BERMULA RM455K

Permintaan kenderaan segmen SUV memang sesuatu yang sukar ditolak. Baik jenama biasa, jenama ayam atau jenama premium, masing-masing telah menyusun strategi menghasilkan SUV bagi setiap segmen.

Porsche juga tak terkecuali. Terbaru sebentar tadi, mereka memperkenalkan Macan facelift baharu yang dibekalkan enjin 2.0 liter turbo empat selinder berkuasa 252hp dengan tork 370Nm.

Dilengkapi dengan transmisi klac berkembar PDK, ia mampu memecut dari 0-100km dalam masa 6.7 saat dan kelajuan tertinggi 225km. Bukan sahaja berkuasa, enjin ini juga menjimatkan bahanapi untuk kategorinya, 8.1 liter per 100km.

Antara pembaharuan pada model ini ialah panel lampu belakang tiga dimensi di belakang dan hubungan komunikasi Porsche dengan skrin 10.9 inci.

Kerangka juga telah ditala semula sebagai asas kepada untuk menghasilkan dinamik pengendalian lebih jitu. Kerangka baru ini meningkatkan keselesaan dan menjadikan Macan lebih seronok dipandu.

Didatangkan dengan pilihan roda aloi 18 inci hingga 21 inci, sistem pacuan Macan dilengkapi sistem pacuan empat roda Porsche Traction Management (PTM) cukup bijak, yang dapat menyesuaikan karekter setiap pemandu.

Terdapat empat warna baharu yang ditawarkan iaitu Mamba Green Metallic, Dolomite Silver Metallic, Miami Blue dan Crayon.

Porsche Malaysia turut memperkenalkan Macan Premium Package yang meliputi pilihan tingkat taraf opsyen untuk model ini. Ia termasuklah pelarasan kerusi 14-tetapan bersama memori (pemandu dan penumpang), comfort lighting package, Power Steering Plus, Park Assist termasuk kamera undur, automatic dimming mirrors, dan BOSE Surround Sound System.

Harga jualan Macan bermula RM 455,000, termasuk jaminan empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma, termasuk komponen dan caj buruh.

Dengan pakej pembiayaan Porsche 360 Financing, SUV premium ini boleh dimiliki dari serendah RM5,700 sebulan.

OK juga kan?

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button