Buletin

INDONESIA CADANG BINA JAMBATAN MALAYSIA -SUMATERA.

Semenanjung Malaysia mungkin dihubungkan terus ke Sumatera. Itu adalah impian kerajaan Indonesia yang sedang mengkaji kemungkinan membina jambatan yang menghubungkan kedua negara ini sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk membangunkan rangkaian lebuh raya tol negara republik itu

Bloomberg melaporkan hari ini presiden kepulauan itu, Joko Widodo, merancang untuk melaburkan wang berjumlah USD70 bilion (RM290 bilion) bagi membina lebuhraya bertol untuk menyambungkan pulau-pulaunya yang jauh, termasuk jambatan dari Sumatera ke Malaysia.

Organisasi berita itu memetik ketua pengatur jalan tol Indonesia Danang Parikesit yang mengatakan pada 2024, lebuh raya tol di negara ini akan dibina hampir tiga kali ganda jaraknya.

“Menjelang tahun 2024, lebuh raya bertol di Indonesia akan dibina sejauh 5,400km, hampir tiga kali ganda rangkaian semasa,” katanya.

“Di samping lebuh raya, pengawal selia juga sedang mengkaji kemungkinan membina jambatan dari Semenanjung Malaysia ke Sumatera, dan jambatan menghubungkan Singapura ke pulau Bintan.”

Lebih separuh daripada jalan tol baru akan melancarkan trafik di Sumatera di mana ia akan menghubungkan kedua hujung pulau itu.

Danang berkata beliau menjangkakan teknik pembinaan maju akan diperlukan di beberapa lokasi untuk menampung pembinaan jambatan jalan seihngga 100 meter di atas tanah atau terowong sejauh beberapa kilometer.

Rancangannya adalah untuk meringankan beban logistok bahan makanan dan bahan bakar di seluruh kepulauan terbesar di dunia itu. Berpaduan dengan 17,000 pulau, Indonesia adalah mimpi buruk bagi bindang logistik.

Bulan lalu, Menteri Perancangan Indonesia, Bambang Brodjonegoro, berkata satu-satunya cara untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih cepat adalah melalui perhubungan.

Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan mengenai bagaimana lebuh raya bernilai 1 trilion rupiah itu dengan penganalisis yang takut beban dana akan memberi tekanan kepada sistem perbankan Indonesia.

Parikesit dilaporkan bahawa kerajaan menyedari bahawa ia tidak mampu membina sendiri dan perlu mencari sumber modal lain termasuk pinjaman bank dan pembiayaan pihak swasta.

Kerja-kerja ini diharapkan dapat meningkatkan pendapatan bagi firma pembinaan milik kerajaan seperti PT Waskita Karya, PT Adhi Karya dan PT Wijaya Karya. Entiti kewangan seperti PT Bank Rakyat Indonesia, PT Bank Negara Indonesia dan PT Bank Mandiri mungkin dijemput untuk membantu membiayai projek tersebut.

Pada tahun 2014, kerajaan negeri Melaka mempertimbangkan untuk memulihkan cadangan jambatan 2006 yang menghubungkannya ke Dumai, Riau di pulau Sumatra – yang akan menjadi yang paling panjang di dunia.

Rancangan projek itu telah bermula pada tahun 1990-an tetapi dibatalkan selepas Krisis Kewangan Asia 1997.

KREDIT:MALAY MAIL

Google ads
Back to top button