Buletin

HARGA MINYAK RON97 TURUN LAGI. RON95 & DIESEL KEKAL. 22 – 28 JUN 2019

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 22 Apr sehingga 28 Jun 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  • Harga runcit petrol RON97 – RM2.38 seliter (turun 3 sen)
  • Harga runcit petrol RON95 – RM2.08 seliter (tidak berubah)
  • Harga runcit diesel – RM2.18 seliter (tidak berubah)

Penurunan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah  Brent  berbanding minggu sebelumnya.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.08 seliter (bersamaan dengan had penetapan harga runcit yang telah ditetapkan oleh Kerajaan) dan RM2.19 seliter masingmasing.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Google ads
Back to top button