Buletin

PORSCHE NYATAKAN MINAT UNTUK JADI PEMBEKAL ENJIN KERETA FORMULA SATU

Perlumbaan Gran Prix Formula Satu adalah perlumbaan yang sangat berprestij menarik perhatian seluruh pelusuk dunia sejak dikomersialkan. Ia adalah platform penting buat mana-mana pengeluar, industri atau apa juga perniagaan yang ingin dikenali di dunia. Sebab itu juga Petronas tidak pernah menghentikan penajaan mereka dalam sukan ini.

Terbaru, Porsche nyatakan minat mereka untuk kembali ke kancah perlumbaan ini. Bukan sebagai pasukan pelumbaan, tetapi sebagai pembekal enjin bagi regulasi baru yang dicadangkan untuk musim 2021 nanti.

Sewaktu pusingan perlumbaan di Itali minggu lalu, naib presiden lembaga pengarah eksekutif dan ahli lembaga Kewangan dan Teknologi Maklumat Porsche, Lutz Meschke mengadakan perbincangan dengan wakil F1 berkenaan hasrat mereka untuk kembali ke sukan tersebut.

BACA: LEGASI F1 ANAK DAN AYAH

Bercakap dengan saluran berita Motorsport, Meschkememeritahu prospek enjin bagi regulasi baru ini lebih murah dan kurang rumit dan ia menarik minat syarikat Jerman ini untuk mendalaminya lebih lanjut.

“Formula Satu adalah pentas yang penting. Sepertimana yang anda ketahui, Formula E sangat penting bagi kami dan F12 pula adalah topik menarik untuk dibincangkan. Kami berada dalam proses perbincangan yang menarik berkenaan enjin bari. Kami perlu mengurangkan perbelanjaan dalam F1 dan ini adalah langkah tepat untuk mencapai sasaran,” beliau menambah.

Porsche tidak terlibat secara langsung dalam F1. Kali terakhir mereka menyertai perlumbaan ini ialah pada 1991. Menurut Ketua bahagian komersial Porsche, mereka akan kembali dengan saluran yang berbeza pula pada kali ini.

 

 

 

 

Google ads
Back to top button