Buletin

PRAMUGARI EMIRATES BERDIRI ATAS PUNCAK BURJ KHALIFA JADI VIRAL

Iklan terbaharu syarikat penerbangan, Emirates Airline meraih perhatian di alam maya apabila memaparkan ‘pramugari’ berdiri di atas puncak menara Burj Khalifa, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ia sebagai platform mempromosi UAE selepas negara itu dimasukkan dalam senarai hijau United Kingdom (UK).

Dalam iklan berdurasi 30 saat itu, pramugari memadankan pakaian seragam Emirates Airlines tersebut sempat mengukir senyuman sambil berdiri atas platform kecil puncak menara Burj Khalifa yang setinggi 829.6 meter di Dubai.

Dia sebenarnya merupakan penerjun payung terjun (skydiver) dan personaliti media sosial, Nicole Smith-Ludvik memegang beberapa plakad tertera ‘UAE dimasukkan dalam senarai hijau UK membuatkan kami berasa seperti berada di puncak dunia.. Fly Emirates.. terbang lebih baik’.

Perjalanan ke Dubai bagi rakyat Britain ditangguhkan sejak awal tahun ini namun disambung semula selepas Pejabat Luar UK mengeluarkan UAE daripada senarai merah dan memasukkan negara itu ke senarai hijau pada Ahad lalu.

Ini bermakna pengunjung yang sudah menerima vaksin Covid-19 lengkap tidak perlu menjalani kuarantin selepas pulang bercuti dari UAE.

Emirates Airlines berkongsi video promosi itu yang dirakam menggunakan dron dan memaklumkan perjalanan ke UK kini menjadi mudah selepas 8 Ogos.

Jurucakap syarikat penerbangan itu memberitahu Gulf Today, penggambaran di atas puncak menara itu sudah mendapat kebenaran dan dijayakan oleh beberapa organisasi tempatan.

Syarikat penerbangan tersebut turut memuatnaik video di belakang tabir berikutan terdapat pertanyaan sama ada ia palsu ataupun asli. – dronedj/dailymail

Google ads
Back to top button