
MYTUKAR UMUM INTEGRASI DENGAN CTOS APPLICATION AND DECISIONING, KELULUSAN PINJAMAN LEBIH PANTAS
Platform kereta terpakai digital paling pantas berkembang di Malaysia, myTukar Sdn. Bhd. mengumumkan integrasi dengan CTOS Application and Decisioning Solution (CAD) bagi meningkatkan kecekapan dalam proses kelulusan pinjaman pelanggan.Â
Integrasi itu menjadikan myTukar sebagai syarikat pertama dalam industri automotif yang menawarkan penyelesaian digital berkenaan.
CAD membantu membuat keputusan berkaitan kredit dengan lebih efisien dan tepat menerusi analisis secara automatik. Ia membuatkan urusan permohonan pinjaman lebih pantas, sekali gus memberi satu nilai tambah buat para pelanggan myTukar.
“Kolaborasi dengan CTOS memang tepat pada masanya kerana ia berlaku ketika kami sedang giat mengembangkan perniagaan di Malaysia. Penyelesaian CTOS Application and Decisioning yang boleh diskala dan diubah suai itu membenarkan kami untuk mengambil keputusan strategik untuk mengautomasikan proses.
“Selepas diuji, sistem ini menunjukkan penambahbaikan serta-merta keraa ia menyediakan akses kepada data yang membantu kami untuk membuat keputusan dengan cepat. Proses yang biasanya mengambil masa dua atau tiga hari kini menjadi hanya 24 jam.Â
“Jadi, kami berbesar hati untuk melancarkan integrasi CTOS Application and Decisioning yang pastinya menyokong misi untuk menjadikan pembelian serta penjualan kereta terpakai lebih telus, pantas dan efisien,” kata Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Jeffrey Ong.
Maklumat lanjut mengenai integrasi CTOS Application and Decisioning, sila layari laman web www.myTukar.com atau hubungi talian 1-800-22-5999.