Buletin

PRESIDEN KELAB BOLA SEPAK PALMAS, 4 PEMAIN MAUT PESAWAT RINGAN TERHEMPAS

Sebuah pesawat ringan yang membawa Presiden Kelab bola sepak Palmas dan empat pemain terhempas sebentar tadi dalam kejadian di Tocantins, Brazil.

Presiden Lucas Meira dan pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari manakala juruterbang, yang hanya dikenali sebagai Wagner maut di tempat kejadian.

Jurucakap kelab itu dalam satu kenyataan pada Isnin berkata pesawat malang tersebut tiba-tiba terhempas di hujung landasan ketika sedang berlepas.

“Dengan rasa kesal, kami ingin melaporkan tiada mangsa terselamat,” kata kenyataan itu lagi.

Para pemain kelab Palmas itu dalam perjalanan ke Goiania untuk bermain menentang Vila Nova dalam kejohanan Copa Verde.

Punca kemalangan sedang disiasat. – espn/new york post

Google ads
Back to top button