Buletin

FERRARI 812 SUPERFAST ‘MANGSA’ RIBUT CHRISTOPH

Cuaca buruk yang melanda seluruh United Kingdom (UK) akibat ribut Christoph ‘meragut’ mangsa agak mahal iaitu sebuah Ferrari 812 Superfast apabila terlibat dalam kemalangan di lebuh raya West Yorkshire.

Jentera yang dijual pada harga AS$355,000 (RM1.4 juta) itu mengalami kerosakan teruk dengan keadaan terbalik di lebuh raya tersebut.

Ferrari 812 Superfast mendapat khidmat enjin 6.5 liter V12 mampu menjana kuasa mencecah 788 ho dan tork 717 Nm malah berupaya memecut 0-100 km/j dalam tempoh kurang 3 saat sahaja.

Melalui ciapan Twitter Highway England kelihatan sebuah Ferrari 812 Superfast dalam keadaan terbalik selepas didakwa merempuh penghadang perlindungan.

Bahkan, mereka membuat kapsyen ringkas pada gambar terbabit “Storm Christoph 1-Ferrari 0”.

Kejadiaan berlaku pada pagi Selasa lalu, berdekatan lebuh raya M621 di West Yorkshire malah masih tidak dapat dipastikan sama ada mangsa mengalami sebarang kecederaan.

Secara kebetulan, 812 Superfast terbabit terbabas beberapa kilometer dari pengedar Ferrari.

Bagaimanapun, Pengurus Pemasaran dan Digital JCT600 Ferrari, Zebby Hussain mengesahkan ia tiada kaitan dengan pusat pengedar tersebut serta mengatakan ia kemalangan yang sangat malang. – carscoops

Google ads
Back to top button