Buletin

DELOREAN DMC-12, JENTERA BACK TO THE FUTURE BAKAL KEMBALI SELEPAS 40 TAHUN?

Siapa masih ingat jentera DeLorean DMC-12 yang menjadi salah satu kereta paling ikonik pada tahun 80-an?

Kalau tidak ingat, cuba bayangkan kenderaan yang digunakan pada filem Back to the Future arahan Robert Zemeckis lakonan Michael J. Fox.

Pada minggu ini, ia merupakan ulang tahun ke-40 pengenalan model produksi pertama DeLorean DMC-12.

Biarpun, sudah beberapa dekad tanpa produk baharu tetapi DeLorean masih menjadi antara kereta panas sehingga hari ini.

DeLorean dijangka akan mengembalikan semula model DMC-12 sebagai kenderaan elektrik (EV) berikutan ia merupakan kenderaan masa hadapan dan mampu mengawal pembebasan emisi.

Ia bukanlah DeLorean yang sama membikin DMC-12 kumpulan pertama tetapi syarikat baharu ditubuhkan pada tahun 1995 memiliki semua tanda dagangan DeLorean dan lebihan inventori.

Syarikat itu sedang berusaha mengembalikan semula jentera ikonik terbabit.

Ia dikuatkan lagi apabila terdapat teaser ciapan dari Twitter rasmi firma berprestij Itali, Italdesign mengatakan:-

“DeLorean DMC-12 berusia 40 pada tahun ini ! Gambar ini dirakam pada 21 Januari 1981, ketika model produksi pertama dikeluarkan.

“Apa cara yang lebih baik meraikan ikon sejarah automotif daripada sekilas masa depan? Nantikan lebih banyak lagi … #visionbeyondtime!,” kata ciapan tersebut.

Jentera berkenaan dibangunkan antara tahun 1981 dan 1982 sebanyak 9,000 unit. Begitupun, kenderaan ikonik tersebut under power dan banyak isu berbangkit berhubung produksi pembikinan DMC-12. – autoevolution.

Google ads
Back to top button