Buletin

PROMOSI MERDEKA 2020 MITSUBISHI. REBAT SEHINGGA RM8,888

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menawarkan promosi menarik sempena sambutan Hari Kemerdekaan tidak lama lagi. Promosi itu sah mulai sekarang hingga 30 September 2020.  

Pelanggan yang ingin menukar kereta sedia ada dengan SUV kompak ASX boleh mendapatkan nilai to-up sebanyak RM8,888 daripada pengedar MMM.

Promosi itu juga hadir dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. ASX 2WD ditawarkan pada harga RM111,628 seunit. Manakala ASX 4WD pula berharga RM125,182.

Jika memilih Outlander 2.0 liter, anda akan mendapat rebat sehingga RM4,000 dan penyelenggaraan percuma selama dua tahun. Mereka yang membeli Outlander 2.4 liter pula akan menerima rebat sehingga RM2,000 dan penyelenggaraan percuma selama dua tahun.

Outlander 2.0 liter berharga RM133,491 dan Outlander 2.4 liter boleh dimiliki pada harga RM147,762. Sama seperti ASX, Outlander didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. c

Berikutan pengumuman kerajaan mengecualikan cukai jualan model CKD sebanyak 100 peratus, pelanggan akan menikmati penjimatan sehingga RM8,000 untuk AS dan RM4,000 bagi Outlander.

Pelanggan yang menempah dan mendaftar Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium dan Triton VGT MT Premium boleh memilih sama ada mahu menikmati kadar faedah rendah sehingga 0.88% atau rebat tunai.

Kadar faedah rendah 0.88% eksklusif untuk Maybank dan Public Bank sahaja.

Google ads
Back to top button