Artikel Pilihan

MALANG BERGANDA – DILANGGAR KERETA KEMUDIAN JATUH TERJUNAM KE DALAM LUBANG (VIDEO)

Bila kemalangan berlaku tiada apa yang boleh kita lakukan kecuali berdoa agar ia tidak teruk sangat. Sebab itulah sebelum memulakan perjalanan seeloknya dimulakan dengan doa agar terhindar dari segala musibah.

Malang bertimpa berlaku kepada seorang penunggang skuter wanita di Brazil bila terlibat dalam kemalangan akibat kecuaian seorang pemandu kereta yang tiba-tiba membelok di hadapan beliau (biasa terjadi macam ni kat negara kita pun). Akibatnya beliau telah terjatuh dan menggelongsor di atas permukaan jalan sebelum jatuh terjunam ke dalam lubang di tepi laluan pejalan kaki. Adoi sakit weh.

Kejadian yang disaksikan beberapa orang pejalan kaki itu memang mengejutkan kerana wanita tersebut hilang terus dari pandangan. Video kejadian terbabit telah dimuatnaik oleh ViralHog dan menunjukkan kejadian berlaku pada 5 Ogos lepas di Paragominas, Brazil.

Mereka yang berada ditempat kejadian segera berkejar untuk menolong wanita berusia 27 tahun tersebut dan segera mengangkat kepingan besar konkrit penutup laluan pejalan kaki tersebut untuk mengeluarkan beliau. Fuh, kuat jugak diorang ni (This is Brazil kan?).

Sebaik dikeluarkan, wanita tersebut kelihatan dalam keadaan terkejut tetapi masih lagi boleh berdiri sendiri untuk seketika. Laporan UOL News Brazil menyebut yang wanita tersebut mengalami kecederaan pada tulang belakang dan memerlukan pembedahan untuk mengelakkan masalah yang lebih serius.

Cuma yang peliknya ialah pihak polis tidak dipanggil ke tempat kejadian malah keluarga wanita itu juga tidak membuat sebarang laporan polis. Sebab “This is Brazil kot”? Tapi syukurlah sebab pemandu Chevrolet merah yang cuai tu sanggup bertanggungjawab dan bersedia menanggung semua kos rawatan penunggang wanita tersebut selain memberikan segala bantuan yang sewajarnya.

Harap semua okey dan mangsa dapat pulih sepenuhnya. Korang pernah tak terlibat dengan kemalangan tapi pemandu yang menjadi punca bongkak nak mampos? Pok Ya dah biasa kena dua tiga kali. Sabar je lah.

Google ads
Back to top button