
PENUH DRAMA, DOVIZIOSO JUARAI MOTOGP AUSTRIA
Dalam perlumbaan penuh drama di litar Red Bull Ring, Austria pelumba pasukan factory, Andrea Dovizioso menjuarai saingan sebentar tadi.
Litar tersebut menyaksikan kemalangan serius yang menyebabkan perlumbaan terpaksa dihentikan agak lama. Kemalangan bermula apabila pelumba pasukan Yamaha SRT, Franco Morbidelli melanggar tayar belakang jentera yang ditunggang oleh Johann Zarco.
Kemalangan itu menyebabkan jentera Morbidelli merempuh penghadang litar. Sementara motosikal Zarco yang berpusing nyaris mengenai pelumba pasukan Yamaha, Valentino Rossi.
Red Bull Ring sekali lagi membuktikan bahawa ia bukanlah satu litar yang mudah apabila beberapa penunggang seperti Pol Espargaro (factory KTM), Miguel Oliviera (KTM Tech3) dan Alex Rins (Suzuki Ecstar) terjatuh.
Kesempatan itu diambil oleh Divizioso untuk memimpin perlumbaan, sambil disaing sengit oleh pelumba pasukan Ducati Pramac, Jack Miller dan Joan Mir (Suzuki).
Ketika Ducati teruja untuk mencatat kemenangan 1-2 menerusi Dovi dan Miller, Mir menafikan kegembiraan itu apabila memotong Miller di pusingan terakhir.
“Bukan mudah untuk memulakan perlumbaan kedua kerana saya perlu berhati-hati pada banyak selekoh. Apa pun terima kasih kepada semua krew pasukan,” kata Dovi.
Juara MotoGP minggu lalu, Brad Binder (KTM) berada di tempat keempat, diikuti oleh Valentino Rossi di kedudukan kelima.
Pelumba favourite abam, Fabio Quartararo hanya berada di tempat kelapan minggu ini..