Buletin

PROMOSI MITSUBISHI MERDEKA 2018 – NIKMATI BONUS & REBAT GST SEHINGGA RM15,500!

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), hari ini mengumumkan promosi sempena sambutan Hari Merdeka 2018.

Bermula sekarang sehingga 31 Ogos 2018, pelanggan yang menempah dan mendaftar Mitsubishi Triton akan menikmati bonus Merdeka dan rebat GST sehingga RM15,100!

Promosi Merdeka untuk semua varian Triton adalah seperti berikut:

Pelanggan yang menempah dan mendaftar Mitsubishi Outlander 2.0-liter dan Outlander 2.4 liter pula akan menerima bonus Merdeka bonus dan rebat GST sehingga RM11,800 dan RM12,700. 

Outlander kini pantas terjual dan mempunyai stok terhad. Outlander 2.0 liter ditawarkan pada harga RM132,108 seunit dan Outlander 2.4 liter berharga RM146,276.

Pembeli yang membeli Mitsubishi ASX akan menerima bonus Merdeka dan rebat GST sehingga RM14,700. Kalau beli varian ASX 4WD, potongan harganya adalah sebanyak RM15,500.

Mitsubishi ASX 2WD ditawarkan pada harga RM112, 399 seunit. Sementara ASX 4WD berharga RM126,739.  

Bukan itu sahaja, bermula 18 Ogos hingga 22 September, pemilik kenderaan Mitsubishi yang melakukan servis di pusat servis sah akan menerima satu Thermos eksklusif jika mereka berbelanja minimum RM400.

Mereka juga layak untuk menerima penjimatan sehingga 25 peratus untuk aditif tulen Mitsubishi.

Hah! Nak tunggu apa lagi?

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button