Artikel Pilihan

10 CARA PALING MURAH UNTUK MEMBUATKAN KERETA ANDA LEBIH LAJU

Kelajuan maksima pada garisan lurus bukanlah kelajuan sebenar, kecuali jika jalan kawasan anda memang lurus macam litar perlumbaan pecut (drag). Bagaimana kawalan kereta anda dan brek yang baik juga akan mempengaruhi kelajuan secara keseluruhan. Memang kita akui ramai di kalangan mekanik dan tuner yang memang mementingkan kuasa kuda dan tork tapi ia merupakan langkah modifikasi yang mahal dan jika tidak kena gaya akan menjejaskan jangka hayat komponen-komponen lain. Ini merupakan langkah-langkah yang lebih selamat dan menjimatkan kos.

Servis Berkala

Pastikan kereta nada sentiasa diservis secara berjadual. Penggunaan palam pencucuh dan minyak pelincir yang berkualiti adalah amat penting. Begitu juga dengan penapis udara yang baru, ia akan memastikan enjin kereta anda bergerak dengan lancar dan tahan lebih alam. Bendalir brek yang terlalu lama juga perlu diberi perhatian kerana ia akan menjejaskan pemanduan anda. Begitu juga dengan pengubah pemangkin yang sudah mula tersumbat yang semestinya akan menjejaskan kuasa enjin anda.

Nisbah Campuran Udara dan Bahan Api

Tak kira enjin pembakaran dalaman mana yang anda guna ia tentunya memerlukan udara dan bahan api untuk berfungsi. Semakin besar kuantiti keduanya semakin besar kuasa yang dihasilkan. Penggunaan pam minyak yang berkuasa dan injector dengan kadar aliran tinggi akan membolehkan selinder enjin anda mempunyai kadar mampatan bahan api dan udara pada kadar yang optima. Pilihan lain seperti pengecas turbo, supercharger dan sistem Nos memang ada tapi mahal brader. Ada baiknya kita laraskan kembali aliran udara ke dalam enjin agar lebih lancar.

Buang Berat yang Berlebihan

Semua mereka yang terlibat dalam bidang perlumbaan tahu yang berat adalah cukup penting bagi jentera lumba. Berat mesti dikurangkan dan bukannya ditambah. Berat yang berlebihan akan menjejaskan kuasa enjin anda. Engkau nak berlumba tapi sound system sahaja dan 400 kilogram ada dalam bonet, masaklah kau masa race nanti. Sebab itu jugalah jentera perlumbaan biasanya ditogelkan sepenuhnya. Karpet pun tak ada bang jauh sekali la sistem audio.

Dapatkan Tayar yang Berkualiti Tinggi

Tayar murah memang banyak tapi jika anda ingin menakluk selekoh dengan laju, kawalan ke atas cengkaman dan brek yang lebih baik tayar yang murah bukan jawapannya. Silap-silap time brek kereta mula menggelongsor ke luar litar, itu belum kira jika anda terpaksa melakukan brek secara drastik. Tayar yang baik akan memudahkan anda membuat catatan masa sepusingan yang lebih baik. Kalau ada bajet lebih jangan la pakai tayar cap Ting Tong ataupun Lon Tong.

Naik Taraf Sistem Brek Kereta Anda

Ramai yang mengabaikan sistem brek sewaktu proses modifikasi padahal ia merupakan satu keutamaan. Pada peringkat awal mungkin anda boleh naik taraf pad yang digunakan dan jika ada bajet lebih tukarkan kepada rotor yang lebih baik. Bendalir brek dan hosnya juga mesti dinaik taraf. Tak ada gunanya menggunakan pad brek perlumbaan untuk kegunaan seharian kerana ia tidak sesuai. Ia biasanya berfungsi pada suhu tinggi dan memang kurang berkesan digunakan untuk perjalanan jarak dekat.

Gantikan Penyerap hentak dan Getah-getah Pelapik

Ia memang cukup penting kerana sudut yang betul dan sistem yang berkualiti akan membolehkan anda membelok dengan lebih baik dan laju. Nak rendahkan pun boleh tapi jangan la sampai menyusahkan penggunan jalan raya lain. Lowered la sangat.

Remap Kembali ECU Anda

Teknologi moden membolehkan melaraskan kembali ECU kereta anda untuk mengeluarkan lebih kuasa. Tapi ingat, pastikan anda menggunakan khidmat pakar yang boleh dipercayai dan memberikan waranti untuk hasiol kerja mereka. Jangan ghairah sangat memerah keupayaan kereta anda demi angka kuasa (hp) semata-mata.

Naik Taraf Sistem Ekzos

Ia juga mampu membuatkan kereta anda lebih berkuasa tapi sekali lagi dapatkan mereka yang pakar. Ingat bunyi kuat tak semestinya power dan kereta anda bukan jentera F1.

Penggunaan Penyaman Udara

Kenapa jentera perlumbaan kebanyakan tidak mempunyai penyaman udara? Jawapannya senang sahaja kerana penyaman udara akan mencuri sedikit kuasa kuda yang dihasilkan enjin anda. Jika kereta anda memang untuk berlumba secara serius, keluarkan sistem penyaman udara tapi kalau itulah kereta untuk pergi pasar, bekerja, hantar anak sekolah, anda boleh abaikan sahaja langkah ini.

Tingkatkan Teknik Pemanduan Anda

Kereta dan power tapi cara anda memandu macam pasangan warga emas nak pergi ke kelas yoga. Adoi, masuk kelas pemanduan advance la bang. Ia akan membantu anda menggunakan kuasa enjin anda dengan lebih baik. Sia-sia je buang duit upgrade sana sini kalau bawak kereta macam budak raver naik bisul.

 

Sumber Carbuzz.com

Google ads
Back to top button