Buletin

PROMOSI SERVIS FORD TAWAR DISKAUN SEHINGGA 20%

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia baru-baru ini mengumumkan promosi servis bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021 sempena musim perayaan yang bakal menjelang.

Pelanggan yang membuat temu janji servis kenderaan sepanjang tempoh ini akan menerima penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti dan minyak enjin terpilih. Mereka juga boleh menikmati potongan 20 peratus untuk pakej brek dan tali sawat pemasaan.

Tidak ketinggalan, potongan sehingga 20 peratus untuk pakej minyak pelincir dan tambahan diskaun sebanyak  10 peratus ke atas kos buruh bagi pakej-pakej yang dinyatakan tadi. Bagi memberi kelegaan kepada pelanggan, mereka boleh mendapatkan pemeriksaan 27 poin secara percuma  bagi memastikan kenderaan berada di dalam keadaan terbaik.

Mereka yang berbelanja lebih daripada RM350 dalam satu resit akan mendapat satu mug eksklusif dan sampul duit hijau. Pelanggan tidak perlu bimbang kerana hanya alat ganti pengeluar peralatan asli (OEM) digunakan apabila melakukan servis di mana-mana 39 pusat servis berdaftar Ford di seluruh negara.

Dengan alat ganti tulen Ford, pelanggan mendapat jaminan standard kualiti, pemasangan dan kemasan terbaik. 

Malah, semua alat ganti tulen Ford memiliki waranti untuk tempoh 12 bulan atau 20,000km (mana-mana tiba dahulu), tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.

Demi memberi lebih kemudahan, pelanggan boleh menempah janji temu servis secara dalam talian melalui laman web Ford. Mereka juga boleh membuat janji temu e-Servis pada masa sebenar di tujuh pusat seervis berdaftar Ford di seluruh negara. 

Ini termasuklah Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya 2, Ford Juru, Ford Butterworth, Ford Kuching, Ford Kota Kinabalu dan Ford Tawau.

Pelanggan dapat mengetahui slot servis yang ada di pusat yang dipilih, sebelum menempah dan mengesahkan waktu yang dipilih, sebulan lebih awal. Untuk membuat tempahan temu janji e-Servis, sila tekan sini.

Selain itu, pelanggan juga boleh terus menghubungi Pusat Servis Ford atau Customer Care Hotline di talian 1300 38 3181.

Google ads
Back to top button