Buletin

BELI SUBARU FORESTER, DAPAT REBAT SEHINGGA RM30K!

TC Subaru, pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia hari ini mengumumkan pakej promosi istimewa Forester. 

Dengan promosi ini, pelanggan akan menerima rebat sehingga RM30,000. Forester ditawarkan pada harga bermula RM159,788 dan hadir dalam enam varian berikut: 

  • Forester 2.0i-L GT Lite Edition
  • Forester 2.0i-S
  • Forester 2.0i-S GT Lite Edition
  • Forester 2.0i-S Eyesight
  • Forester 2.0i-S Eyesight GT Lite Edition
  • Forester 2.0i-S Eyesight GT Edition

Pelanggan yang membeli Forester juga boleh menukar (trade-in) kenderaan lama mereka menerusi program Bantuan Trade-In Khas TC Subaru untuk mendapat lebih nilai. 

Pakej tersebut hanya tertakluk kepada unit dengan model tahun tertentu dengan pilihan warna yang terhad. SUV itu didatangkan dengan jaminan komprehensif selama lima tahun. 

Dalam perkembangan berkaitan, TC Subaru menyatakan ia akan meneruskan inisiatif “Pandu Uji di Rumah” kepada pelanggan yang tidak mahu pergi ke bilik pameran. Kenderaan itu akan disanitasi sepenuhnya setiap kali selepas sesi pandu uji. 

Anda hanya perlu menghubungi bilik pameran Subaru yang terdekat dan menetapkan masa bilakah perunding jualan boleh datang ke rumah atau lokasi pilihan untuk pandu uji. 

Google ads
Back to top button