Buletin

PROMOSI SERVIS TOYOTA

Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota Motor) menawarkan promosi servis yang menarik di pusat servis Toyota terpilih hingga 30 September depan.

Customer geeting her tyres checked by UMWT after sales personnel

Promosi Servis Toyota melibatkan:

1)    Harga istimewa ke atas bateri tulen Toyota untuk semua model Toyota.

2)    Diskaun sebanyak 30% ke atas body parts Avanza, Vios dan Hilux yang terpilih.

3)    Tayar-tayar baharu daripada jenama terkemuka untuk model Corolla Altis, Avanza, Camry, Vios dan Hilux bermula pada harga serendah RM159 seunit. Pelanggan juga layak untuk menikmati diskaun sebanyak 50% untuk servis penjajaran tayar (wheel alignment) dan balancing.

“Menyelenggara kenderaan Toyota anda kini juga semakin mudah dengan pusat servis Toyota terpilih yang dibuka pada hujung minggu dan sehari sebelum hari Raya,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Selain promosi selepas jualan, UMW Toyota Motor juga meneruskan kempen jualan AMAZING TOYOTA VALUE dengan pelbagai tawaran menarik dan rebat bayaran pendahuluan.

Maklumat lanjut mengenai Promosi Servis Toyota, sila hubungi talian percuma Toyota: 1800–8-869682 (1-800-8-TOYOTA) atau layari laman web: www.toyota.com.my

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button