Buletin

BENTLEY SUV

Pengeluar kenderaan mewah, Bentley Motors kelmarin mengesahkan bahawa ia akan meneruskan pembangunan model Bentley SUV. Menjadi model keempat Bentley, SUV itu akan dihasilkan di kilangnya di Crewe, Britain dan mula dijual pada tahun 2016. 

Pm3

Pembinaan model itu juga menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan baharu. Untuk tempoh tiga tahun akan datang,  Bentley juga akan melabur lebih £800 juta ke atas ibu pejabatnya dan membangunkan model-model baharu.

“Saya gembira kerana Bentley akan menghasilkan model baharunya di sini. Ia bukan sahaja mencipta ribuan peluang pekerjaan, malah meningkatkan peluang latihan perantis berkemahiran tinggi,” kata Perdana Menteri Britain, David Cameron.

PM2

Pengerusi Ahli Lembaga Kumpulan Volkswagen, Dr. Martin Winterkorn menyatakan para peminat Bentley di seluruh dunia memang menanti-nantikan SUV pertama Bentley.

PM4

SUV itu dikatakan bakal meneruskan tradisi kemewahan, prestasi, kualiti dan kehalusan buatan kenderaan Bentley. Ia akan menjadi SUV paling mewah dan berkuasa di pasaran apabila dipasarkan kelak.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button