Artikel PilihanBuletin

HONDA VERSI “EMAS” SEMPENA ULANGTAHUN KE 50 TAHUN HONDA DI AUSTRALIA

Honda telah hadir di pasaran Australia sejak tahun 1969 dan mereka memilih untuk meraikan 50 tahun operasi di negara kanggaroo dengan rangkaian produk yang unik.

Dari kereta ke motosikal dan juga mesin rumput, mereka semua diwarnai warna emas yang direka oleh Vinyl Wraps & Graphics. Pilihan warna bukan kebetulan, kerana ulang tahun ke-50 juga disebut sebagai jubli emas.

BACA: SEJAK 2016, HONDA AUSTRALIA HANYA JUAL 2 NSX. INI BARU RARE!

Dua model penting Honda iaitu supercar NSX dan Civic Type R, adalah kereta yang telah dipilih untuk menerima rawatan khas ini.

Selain itu, bagi motosikal, superbike CBR100RR Fireblade, motosikal enduro CRF450L dan CRF50F yang kecil itu juga mendapat bahagiannya.

Lebih menarik lagi, Honda menggunakan gaya tersendiri untuk memberitahu kewujudannya sehingga menggunakan produk mereka – pemotong rumput, Premium HRU19 Buffalo, yang direka dan dipasang di Australia, dan generator elektrik EU22i yang “bungkusan” emas yang sama.

“Kami telah memikirkan bagaimana untuk merayakan ulang tahun di sini, dan kepelbagaian produk kami yang unik memberi idea berani dan menyeronokkan ini.

“Maksud saya, pernahkah anda melihat pemotong rumput berwarna emas atau generator sebelum ini?”,  Kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Australia, Hiroyuki Shimizu.

Walaupun begitu, tak kira berapa banyak duit yang ada, anda tidak akan dapat membeli Civic Type R atau NSX emas, CBR1000RR, mesin pemotong rumput atau generator dengan reka bentuk begini. Ini semua telah dicipta untuk tujuan perayaan dan promosi dan bukan untuk dijual.

BACA: HONDA CR-V “BAJET” UNTUK ASUTRALIA

“Kami tidak sabar untuk mempamerkan produk-produk emas yang luar biasa ini ke seluruh negara sepanjang tahun 2019, jadi tunggu lebih banyak maklumat mengenai itu,” kata Encik Shimizu.

GALERI

Google ads
Back to top button