Buletin

PROTON GANTUNG URUSNIAGA DI BURSA MALAYSIA, BAKAL UMUM RAKAN STRATEGIK ASING HARI INI

Proton hari ini menggantung urusniaga saham di Bursa Malaysia bermula jam 9.00 pagi ini seperti yang dilaporkan oleh akhbar THE STAR semalam.

Bursa Malaysia meluluskan penggantungan sementara tersebut setelah menerima permohonan bagi pihak Proton untuk membuat penyusunan perniagaan mereka. Saham Proton ditutup pada harga RM1.68 sen pada petang semalam.

Seperti yang diketahui umum, Proton dalam usaha memuktamadkan perjanjian dengan Rakan Strategik Asing (FSP-Foreign Strategic Partner). Mereka dijadualkan akan mengumukan keputusan tersebut sebelum pertengahan tahun ini.

Dalam satu jemputan media pagi ini, Kumpulan DRB-HICOM menjemput pihak media dalam satu acara yang disebut sebagai “media breifing” (pengumuman media) yang akan di adakan di Putarajaya.

Beberapa sumber kami memberitahu bahawa pengumuman rakan strategik akan dibuat hari ini, selepas mesyuarat jemaah menteri kabinet tengahari nanti.

Berita selanjutnya akan menyusul

 

Google ads
Back to top button