Buletin

PROTON X70 EXCLUSIVE EDITION BUKA TEMPAHAN DI PASARAN BRUNEI. 37 UNIT SAHAJA

Model Proton X70 Exclusive Edition dibuka tempahan di pasaran negara jiran, Brunei dengan menawarkan 37 unit sahaja.

Melalui laman Facebook Pad Motors Proton Brunei, SUV edisi terhad itu mula menerima tempahan pada 5 Jun lalu.

Proton X70 Exclusive Edition mendapat sentuhan dua tona warna iaitu biru pada bahagian badan manakala hitam di cermin sisi serta bumbung.

Ia turut hadir dengan rim 19 inci dan lencana EE dalam menyerlahkan lagi penampilan eksklusif kenderaan terbabit.

Selain itu, ruang dalaman pula dilengkapi tempat duduk dibaluti kulit Nappa dan kemasan jahitan berwarna merah.

Nampaknya, negara jiran terlebih dahulu merasa produk terbaharu Special Edition model X70.

Google ads
Back to top button