Artikel Pilihan

ACURA TLX TYPE S – KINI KEMBALI SEMULA KE PASARAN

Jenama Acura ini merupakan antara jenama dari Jepun yang punya pengaruh agar besar juga untuk pasaran negara Barat. Rekaan yang ditampilkan pula langsung tidak kelihatan seperti bahawasanya Acura ini mempunyai pertalian saudara yang rapat dengan Honda. Dan diantara resepi untuk jenama Acura kekal laris di pasaran luar, sudah tentulah pengenalan model Type S untuk model jalanan berprestasi tinggi mereka,

Tapi sebenarnya lencana Type S ini sudah lama hilang daripada pasaran. Kini setelah satu dekad, Type S ini kembali semula di ruang pameran Acura dengan model Acura TLX kini memakai lencana yang diperakui sebagai sebuah model sedan berprestasi tinggi.

Model ini sebenarnya telah pun dipertontonkan sebagai model konsep Type S pada tahun 2019 yang lalu, yang mana para Jurutera telah mereka sebuah kereta model premium berprestasi tanpa mengorbankan keselesaan pemanduan seharian terhadap generasi kedua model Acura TLX ini. Dikhabarkan kini, model Type S ini mempunyai kecepatan 25% berbanding model standard TLX ketika memecut 100 km/j. Malah kelajuan tertinggi juga berjaya ditingkatkan kepada 155 mph (249 km/j) berbanding 130 mph (209 km/j). Segala keupayaan yang bertenaga ini disalurkan melalui trenkausa 3.0 liter V6 lengkap dengan pengecas turbo dengan kuasa maksimum 355 HP dan tork 354 lb.-ft. Enjin yang berkuasa ini dipadankan pula dengan kotak gear automatik 10 kelajuan. Malah TLX Type S ini turut dipadankan dengan Super Handling All-Wheel Drive (SH-AWD®) bagi pemanduan yang lebih jitu.

Dan sebagai sebuah kereta yang berkuasa, sudah tentu beberapa komponen berprestasi tinggi turut digunakan bagi mengimbangi kuasa yang meliar. Sistem Electro Servo Braking turut diaplikasikan terhadap model ini, sama seperti yang terdapat pada model NSX. Brek dari Brembo dengan diameter yang lebih besar telah digunakan dan hasilnya keupayaan memberhentikan kenderaan daripada kelajuan 100 km/j telah dipertingkatkan sehingga 13%.

Dari segi kesedapan pemanduan, mode pemanduan boleh dipilih diantara Normal, Comfort, Sport dan juga Sport+ yang merupakan ciri tambahan terhadap model Type S ini. Ruangan kabin pemandu turut diberikan penekanan keselesaan. Tempat duduknya kini mempunyai ciri boleh laras dengan 16 cara. Dan ruangan kabin TLX Type S ini juga digabungkan dengan ciri mewah dan sporty. Sudah tentu logo Type S disulam rapi pada bahagian kepada tempat duduk yang dibalut dengan Ultrasuede. Sebagai penyedap halwa telinga, 17 speaker  ELS STUDIO 3D premium sistem audio turut tersedia.

Acura TLX Type S ini sudah boleh ditempah dengan harga sekitar $52,300 (RM214,953).

BACA : ACURA TYPE S CONCEPT – BUKTI HONDA MASIH MAMPU HASILKAN KERETA SPORTS YANG CANTIK

BACA : KENAPA HONDA TYPE S WUJUD? TYPE R KAN ADA

Google ads

B K

Back to top button