Buletin

SULTAN JOHOR KURNIA X70 KEPADA 3 DOKTOR

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan kenderaan PROTON X70 kepada tiga doktor sebagai penghargaan di atas pekhidmatan mereka di dalam pasukan perubatan Baginda.

Kenderaan disampaikan wakil Baginda Tuanku Sultan, Datuk Perdana Dalam, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa.

Mereka yang menerima kenderaan tersebut merupakan Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Am, Dr. Azizan Sharif dana Pegawai Perubatan Jabatan Ortopedik, Dr. Hishamudin Salam yang bertugas di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Seorang lagi penerima merupakan Dr. Jaidon Romli dari Pejabat Kesihatan Johor Bahru yang sedang berkhidmat di Klinik Kesihatan Tampoi, Johor Bahru.

Dr. Jaidon yang bertugas di dalam pasukan perubatan Sultan Johor sejak tahun 2010 menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kurniaan kereta tersebut.

“Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan kereta ini.

“Patik mendoakan semoga Baginda Tuanku Sultan serta Kerabat DiRaja sentiasa sihat sejahtera” katanya kepada Royal Press Office (RPO). – FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Google ads
Back to top button