BETUL KE ALAT GANTI X70 LAMBAT? SAMPAI ADA PEMILIK HANTAR KEDAI POTONG?
Proton X70 merupakan antara SUV yang meraih perhatian penggemar automotif tanah air apabila ia mula menjengah pasaran pada tahun 2018.
Apakan tidak, ia merupakan SUV pertama Proton dengan kerjasama Geely diperkenalkan di pasaran tempatan malah merupakan versi import penuh (CBU) dari kilang pemasangannya di China.
Ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD, ia menjadi antara pilihan penggemar SUV di negara ini.
Bahkan, jentera berkenaan dinobat sebagai pemenang kategori kenderaan Crossover kelas Pertengahan & SUV 5-Kerusi serta Kereta Terbaik Keseluruhan tahun 2019 dalam Anugerah Cars of the Year Malaysia ke-18.
Bagaimanapun, menurut laman blog Jiwa Motosepot, terdapat rungutan daripada pemilik Proton X70 berhubung kelewatan memperoleh alat ganti jentera berkenaan.
Bahkan, dakwa blog tersebut, terdapat pemilik yang menjual Proton X70 itu sebagai alat ganti di kedai potong seperti diiklankan di laman FB Market. – Jiwa Motosepot